Saturday, November 21, 2009

Hari Anugerah Kecemerlangan Aqeef


Pada 19 November 2009, Aqeef telah menerima dua hadiah iaitu tempat Kedua dalam Kelas Satu dan pelajar Hafazan Terbaik Tahun Satu bagi sekolah agama tahfiz Serendah. Tahniah anak...

Sunday, November 15, 2009

Hari Anugerah Kecemerlangan Hani






Hari ini 15 November 2009 ialah Hari Anugerah Kecemerlangan tadika Hani. Tahniah anakku kerana berjaya mendapat tempat pertama bagi kelas 5 Tahun. Mama dan abah bangga dengan Hani dan bersyukur atas kurniaan Allah. Dalam diam-diam, Hani boleh lakukan. Tadi, terharu juga bila Hani mempersembahkan sajak buatmu Ibu. Berani juga dia di atas pentas. Mama yang berdebar-debar. Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar.

Monday, November 2, 2009

APR 2009 dalam kenangan



Pengalaman menyertai Persidangan Pengakap Asia Pasifik (APR) kali ke 23 membawa banyak kenangan dan pengalaman yang tidak mungkin dapat ku lupakan. Persidangan ber;langsung dari 27 Oktober hingga 1 November 2009 di Hotel Hilton, Kuala Lumpur yang disertai 482 peserta daripada lebih 26 negara. Sebagai pemerhati dalam persidangan ini, aku telah banyak menimba ilmu tentang kepengakapan secara lebih global. Isu-isu, perancangan dan aktiviti yang dijalankan oleh setiap negara di Asia Pasifik yang dikutarakan dalam persidangan ini membuka mataku bahawa terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi di Malaysia mahupun seluruh pelusuk Asia yang sekiranya diatasi dengan berhemah akan menjurus kepada melahirkan warga yang cemerlang.


Mengenali rakan-rakan pengakap dari pelbagai negara seperti Australia, Bangladesh, Brazil, Brunei, Bhutan, Croatia, Kanada, Colombia, Jerman, Spain, Hong Kong, Switzerland, Indonesia, Jepun, India, Korea, Kiribati, Sri Lanka, Mongolia, Maldives, Macau, Nepal, New Zealand, French Polynesia, Papua New Guinea, Filipina, Sweden, Singapura, Thailand, Taiwan, Uganda, USA, Pakistan dan Timor Leste dan saling bertukar pendapat dan pandangan dalam pelbagai isu pengakap telah menambahkan pelbagai pengalaman dan pengetahuan yang amat berguna. (Gambar-gambar lain terdapat di 36pengakaphs.blogspot.com)

Sunday, October 4, 2009

Selamat Hari Jadi, Aqeef
















Bersama abang, Hani dan mak

Alia, Hani. Ahsraf, Aqeef, Shahril dan Hanna

Gadis 6 Atas yang membantu BBQ

Yannie bersama suami



Ustazah Qamar dan ustazah Roihan sekeluarga

Aqeef bersama rakan bermain komputer

Wajdi, Imtiaz, Hanna


Pelajar 6 Atas

Hanna, Mama. Hani

Norman dan Aqeef

Yannie (adik), Halezza (saya), Haniza (kakak)

Semalam diadakan sambutan hari lahir Aqeef yang ke 7. Gembira nampaknya Aqeef bersama rakan-rakannya yang hadir. Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir memeriahkan majlis.

Saturday, September 26, 2009

Kunjungan Raya oleh Pelajar










Ini adalah kunjungan pertama oleh beberapa orang bekas pelajar SMKSC termasuk dua orang yang sedang menuntut di SMKSC. Sungguh terharu kerana walaupun semuanya sudah memasuki universiti tetapi ingatan mereka sungguh bermakna buatku.

Thursday, September 17, 2009

Kemaafan dipohon

Lagi 3 hari insya Allah kita semua akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Esok pagi kami sekeluarga akan berangkat ke kampung suami di Kampung Rusa, Jelawat, Bachok, Kelantan. Doakan keselamatan kami sekeluarga. Sibuk malam ini mengemas pakaian buat persiapan esok. Yang penting perlukan rehat secukupnya memandangkan buat pertama kalinya aku akan memandu kereta ke kampung esok. Salam Aidil Fitri buat semua yang mengenali. Kemaafan dipohon sekiranya kata-kata, tingkah laku ada mengguriskan hati sesiapa.

Thursday, August 20, 2009

Hantar Jubah










Sebelum menghantar jubah, sempatku berpossing di sekitar UM sebagai kenangan setelah menamatkan pengajianku di sana. Segala pahit manis sepanjang pengajian akan ku kenang.

Wednesday, August 12, 2009

Sijil Anugerah Dekan



Alhamdulillah, hari ini 12 Ogos 2009 aku telah menghadiri satu majlis Hari Graduasi Um 2009 di mana aku telah menerima Sijil Anugerah Dekan daripada Dekan Fakulti Pendidikan, Professor Dr Saedah Siraj.


Terima kasih kepada semua pensyarah-pensyarah UM yang banyak memberiku tunjuk ajar, nasihat dan dorongan terutamanya kepada penyeliaku Dr Shahrir bin Jamaluddin. Tak lupa juga Professor Akhbar Husin, Professor Dr Noraini Idris, Professor Dr Zulkifli bin Manan, Dr Naimah Ishak, Dr Jamaludin Tubah dan Encik Norjohuddin. Banyak ilmu yang telah dicurahkan oleh mereka. Terima kasih UM!!!

Tuesday, August 11, 2009

Tak mungkin tanpamu










Buat mak, abah dan suami tercinta....
Kejayaanku menerima Sarjana Pendidikan hari ini tak mungkin terjadi tanpa sokongan mak, abah dan suami yang banyak memberi dorongan dan semangat yang tak ternilai harganya. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.

Hari ini juga, pada masa dan tarikh yang sama, aku begitu tersentuh apabila dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008 (APC). Namun, aku tidak dapat menghadirinya. Aku begitu bersyukur atas kurniaan Allah. Aku benar-benar berdoa agar kejayaan hari ini akan menjadikan aku manusia yang lebih rendah diri terhadap kekuasaanNya dan bukannya menjadi manusia yang takbur dan lupa diri. Moga Allah memberkati segala yang berlaku hari ini.

Saturday, August 8, 2009

Taklimat Konvo







Hari ini 8 Ogos jam 11 pagi, aku mendengar taklimat konvokesyen UM bagi menerangkan prosedur dan tatacara penerimaan scrol Sarjana. Seronok dapat berjumpa rakan-rakan seperjuangan.

Saturday, August 1, 2009

Kerisauan

Nebuliser petang khamis di klinik swasta

Nebuliser di hospital Sg Buloh semalam


Aku sekeluarga telah ke hospital Sungai Buloh semalam dari jam 11.15 pagi hingga jam 6.45 petang untuk membuat screening H1N1. Kami sekeluarga terpaksa membuat tindakan tersebut setelah ketiga-tiga anakku mengalami demam yang kejap timbul dan kejap hilang sejak selasa lagi. Tetapi alhamdulillah, demam yang mereka alami ialah demam biasa sahaja. Cuma Hani, anak kedua ku perlu diberi perhatian penuh kerana keadaan pernafasannya yang terganggu. Berita 5 orang positif H1N1 di SK Serendah turut menyumbang kepada kerisauan ku. Semoga mereka cepat sembuh dan penyakit ini tidak menular lagi.


Sunday, July 26, 2009

Sedapnya makan...















Semalam menghadiri majlis perkahwinan anak buah kak Ija di Melaka Pindah, Melaka. Seronok bila melihat pemandangan rumah kampung Melaka. Makanan yang dihidangkan juga memang menyelerakan. Maklumlah masak sendiri berkampung. Tahniah buat kak long yang menyambut kedatangan orang baru dalam keluarga. Buat kak ija...terror juga buat lauk pengantin ek!! Booking.....

Monday, July 20, 2009

Naik bot





Sempat jugaku membuat lawatan ke Kempori Gombak 2009 setelah tamat perkhemahan pengakap sekolah semalam. Yang paling menyeronokkan menaiki bot di tasik buatan. Gayat juga dibuatnya.

Sunday, July 19, 2009

Isra' Mi'raj

Tanda keagungan dan kekuasaan Allah.

Sunday, July 12, 2009

Durian

Banyak betul makan durian hari ini. Harap badan tak panas lepas ni. Apa ye petua tak nak badan panas sangat? Ada yang kata minum air dalam pangsa durian, makan manggis dan ada pula suruh minum je air kosong banyak-banyak. Kita cuba semua.