Thursday, December 18, 2008

Fogging











Petang tadi dalam jam 6.40pm sedang aku berehat di bilik kerana keletihan, tiba-tiba terdengar pengumuman menerusi pembesar suara yang mengarahkan semua penduduk Jalan 5H Desa Melor dikehendaki keluar dari rumah masing-masing kerana pihak Kesihatan ingin melakukan penyemburan.

Dengan tergesa-gesa aku menyuruh anak-anak bersiap untuk keluar rumah. Aku terus ke dapur menutup semua makanan dengan elok kerana takut nanti asap semburan nyamuk akan masuk ke dalam makanan.

Dalam 5 minit kemudian pihak Kesihatan datang menyembur rumahku dan rumah jiran-jiran yang lain. Aku sempat bertanya dengan petugas yang berada di situ rumah manakah yang terkena jangkitan nyamuk Aedes. Rupa-rupanya jiran di barisan belakang yang agak berhampiran dengan rumahku yang sudah terkena demam denggi.

Aku kena lebih berhati-hati selepas ini. Mesti pasang ubat nyamuk!! terutamanya pada waktu senja dan pagi. Tapi setahu aku, nyamuk sekarang ni dah advance...tak kira siang malam mereka menyerang.

7 comments:

Adeline said...

lezza,
Rumah kena sembur pun u dpt glamourkan. Interestinglah. Hajat utk jejak kaki ke rumah u tak kesampaian tapi tak apa dah sampai rumah u dlm blog...Hehehe

mOhD^.^rAz said...

ahaks :)
bahaya2..Jangan lpe pakai kelambu time tdo..hehe..Ingt Zaman kecik2 dolu..

Chekgu BaniHassim said...

dorg ni, dah terantuk baru nk terngadah...
dah kene denggi baru sibuk nak fogging...

bahaye btol...just be careful...

Ecah said...

Hah? desa melor dengan desa anggerik dekat je tuh.. huk3x.. bahaya nih.. mesti slalu pasang ubat nyamuk..

Err.. cikgu seronok da kene tag? ha3x.. semoga berjaya dengan tag-tag yang cikgu dapat.. okay..

Halezza Ibrahim said...

Ecah mmg kena careful..umah kite dekat je...
Tula pasal cikgu BH...saya sampai infection mata bangun tido pagi nie...tak tahan semburan kot...nie merah sebelah mata..nasib baik anak2 ok plak..

Anonymous said...

assalamualaikum.
oh semburan ini.
bru tau umah cikgu ini sma jaln dngan umh sy.umh kita dkt2 sje

Halezza Ibrahim said...

Siapa ye nie..jiran ye kita?