Monday, December 29, 2008

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum semua pembaca yang dihormati...

Kehidupan ini penuh dengan dugaan. Hanya dengan ketabahan dan hidayah dariNya kita semua mampu berfikiran dengan waras dalam membuat keputusan. Namun ada ketikanya nafsu marah dan dengki mengatasi segalanya kerana kedayusan diri mengikut rentak bisikan durjana. Kuatkanlah diri mu teman. Hapuskan segala kehitaman dalam jiwamu. Warnai ia dengan kisah-kisah baru yang murni...bersama-sama azam baru....sempena Maal Hijrah ini...

Tuesday, December 23, 2008

7th ANNIVERSARY

Hari ini tanggal 23 Disember 2008 ialah hari ulangtahun ke 7 perkahwinan ku bersama suami tercinta. Aku bersyukur kepada Allah kerana mengurniakanku tiga orang anak yang begitu berharga kepadaku yang menjadi tulang belakang untuk aku meneruskan kehidupan ini. Buat suami yang banyak memberi sokongan dan memahami diriku ini, terima kasih tidak terhingga. Perjuanganmu sebagai seorang suami dalam menyediakan semua kelengkapan dunia dan akhirat amatku hargai. Moga Allah sentiasa memberi petunjuk dan memberkati kita sekeluarga.

Thursday, December 18, 2008

Fogging











Petang tadi dalam jam 6.40pm sedang aku berehat di bilik kerana keletihan, tiba-tiba terdengar pengumuman menerusi pembesar suara yang mengarahkan semua penduduk Jalan 5H Desa Melor dikehendaki keluar dari rumah masing-masing kerana pihak Kesihatan ingin melakukan penyemburan.

Dengan tergesa-gesa aku menyuruh anak-anak bersiap untuk keluar rumah. Aku terus ke dapur menutup semua makanan dengan elok kerana takut nanti asap semburan nyamuk akan masuk ke dalam makanan.

Dalam 5 minit kemudian pihak Kesihatan datang menyembur rumahku dan rumah jiran-jiran yang lain. Aku sempat bertanya dengan petugas yang berada di situ rumah manakah yang terkena jangkitan nyamuk Aedes. Rupa-rupanya jiran di barisan belakang yang agak berhampiran dengan rumahku yang sudah terkena demam denggi.

Aku kena lebih berhati-hati selepas ini. Mesti pasang ubat nyamuk!! terutamanya pada waktu senja dan pagi. Tapi setahu aku, nyamuk sekarang ni dah advance...tak kira siang malam mereka menyerang.

Monday, December 15, 2008

Korban


Akad dilafazkan.


Lembu korban


Penyembalihan dilakukan


Memerhatikan upacara korban


Moga diberkati


Kenduri kesyukuran pada malam hari.







Cuti di Penang













Sudah agak lama kami sekeluarga tidak bercuti bersama. Kesempatan mengunjungi kenduri kawin rakan karib suami, kami sekeluarga bersiar-siar ke Pualau Pinang menaiki feri ke Bukit Feringgi. Pengalaman yang menyeronokkan naik kuda bersama anak-anak.

Friday, December 5, 2008

A Blessed Aidil Adha

Saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua. Esok kami sekeluarga akan ke Penang menghadiri kenduri kawin rakan dan pada hari Ahad akan ke Kelantan untuk meraikan Aidil Adha di sana selama seminggu. Doakan keselamatan perjalanan kami sekeluarga. Saya juga mendoakan keselamatan dan kesejahteraan semua yang mengenali kami sekeluarga.

Thursday, December 4, 2008

Saman

Berlaku satu peristiwa semalam dalam perjalanan balik dari UM yang benar-benar mendebarkan hatiku. Jam 5.30pm aku bergerak pulang dari UM. Hampir jam 6.25pm aku menghampiri pekan rawang. Keretaku melalui bawah jejantas yang berhampiran dengan Balai Polis lama. Setibanya aku di sana, seperti biasa keadaan jam yang sering berlaku di jalan itu pada jam sebegitu kerana banyak kenderaan yang ingin pulang ke rumah dari pejabat. Tiba-tiba hatiku berdetik.....
Eh, napa yea...aku selalu ambik jalan pintas pusing naik fly over nie...dah lama sangat aku buat macam tu tiap kali balik UM tapi tak pernah nampak polis pun. Kak Ija cakap suami dia dah penah kena saman...Aku ok je...
Selepas habis sahaja hatiku berkata-kata, kereta satria putih di hadapan ku memberi signal ingin berpusing dulu. Aku memberi ruang kepadanya dulu.

Ahhh...lepasni giliran aku.....aku terus memberi signal ingin berpusing menuju ke arah fly over tersebut. Ok.....takde motor dan kereta di depan dan belakang!!! Jalan clear......

Aku terus memusingkan steringku......

Alamak!!! polis!!!..jerit hatiku..habisla kali ni..hatiku terus berkata-kata

Tetapi aku bernasib baik. Kedua-dua orang polis yang berada di situ sedang sibuk menulis saman mereka masing-masing. Sorang kepada pemandu motor dan sorang lagi sedang sibuk menulis saman kepada pemandu kereta satria putih...kereta tadi!!

Aku terus memandu tanpa menoleh lagi ke arah polis-polis itu...aku takut antara mereka akanmengamit kepadaku. Lebih baik aku jangan pandang.

Ya Allah....ampunkan aku...aku bersyukur dan berterima kasih padaMu..Engkau masih memberi peluang kepadaku Ya Allah....

Rupa-rupanya detik hatiku sesampai sahaja aku di bawah jejantas itu adalah peringatan dari Allah. Aku masih lagi ego dan degil dengan peringatan itu. Hambamu yang zalim lagi hina ini tidak mendengar peringatanmu Ya Allah.

Engkau masih memberi peluang kepadaku Ya Allah
Aku bertekad...selepas ini, biar pun jalan jam macam mana pun, aku takkan lagi melanggar undang-undang. Biarpun ini undang-undang dunia....ia tetap perlu dipatuhi.Biarlah ia menjadi tauladan kepada sahabat-sahabatku dan pembacaku yang lain.








Monday, December 1, 2008

Rumahku Syurgaku




Pemandangan sekitar rumah di mana anak bermain dengan anak jiran..suami memotong rumput dan tanaman yang ditanam di sekitar rumah.


Biarpun bukanlah cantik sangat rumahku ini..tapi, itulah syurgaku bersama suami dan anak-anak tercinta. Baru 2 tahun je kami sekeluarga berpindah ke Serendah ni. Sebelum ini kami tinggal di Kuarters Pendidikan di belakang sekolah kesayangan, SMK Sungai Choh. Walau bagaimanapun, banyak juga kenangan di kuarters dahulu. Jiran-jiran amat mesra. Mana taknyer, semuanya kawan-kawan cikgu juga. Di sini ramai juga kenalan cikgu. Duk depan rumah saya tu ustazah Qamar..dulu mengajar di SMK Sungai Choh juga..belakang rumah pun belas guru SMK Sungai Choh juga..Pn. Ijan..sekarang dah jadi pensyarah Maktab. Suasana jiran tetangga menyeronokkan di sini.