Wednesday, January 7, 2009

Tersentuh

Perasaanku pada hari pertama melangkah ke sekolah untuk bertugas amat berbeza daripada tahun-tahun lain sebelum ini. Aku tidak berpeluang menyaksikan kedua mereka memulakan sesi persekolahan masing-masing kerana perlu ke sekolah seawal mungkin dan menjalankan tanggungjawab ku sebagai guru. Aku memandikan kedua-dua mereka dan menyiapkan sarapan pagi mereka. Ku berpesan kepada anak sulongku...mama tak dapat hantar aqeef yea...abah yang hantar, belajar rajin-rajin yea sambil mengucup dahinya. Anak keduaku sangat manja. Meraung dia tak nak ke sekolah tadikanya...................Mama....hani taknak pergi sekolah!!!................puasku memujuknya...Nanti abah hantar hani yea....
Akhirnya aku terpaksa juga mengucup dahinya dan menguatkan semangat meninggalkannya. Rupa-rupanya inilah perasaan seorang ibu apabila anak-anaknya mula bersekolah. Jadi lebih sayu dan tersentuh apabila aku memandu kereta ke tempat kerja memandang di tepi-tepi jalan melihat anak-anak muridku melangkah ke sekolah. Macam manalah anak-anakku sendiri??....menangiskah hani?....ok ke aqeef?......Walaubagai manapun aku bersyukur dan bernasib baik suamiku diberi cuti untuk menguruskan anak-anak. Ku tabahkan hati dan melawan perasaan sayu itu. Ya Allah..engkau peliharalah anak-anakku....



14 comments:

su said...

sedeh su bace n3 ni...

naz ilyn said...

salam kenal...

begitulh perasaan setiap ibu... kalau yang tak berkerja macam sy lagilh terasa... sunyi lak rumah tak der teman gaduh...hi hi

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

Salam dik lezza..

1. itula 'harga' yg tpaksa dbayar, bg ibu yg bkerja..ada kala, tpaksa mrelakn anak diurus org lain..
(dlm situasi pskolahn anak tu, suami yg urus, alhamdulillah..)

2. yakinilah, kita yg bgelar 'pendidik', jk berbuat baik kpd anak didik kita, insya-Allah, org lain akan mdidik anak kita dgn sebaik2ny..

-smga Allah SWT payungi anak2 dik lezza dgn rahmat keberkatan-NYA. amiin.

DrSam said...

salam,

pejam celik anak membesar dengan begitu cepat sekali. bila semua dah meninggalkan kita dan ada tinggal diasrama, mula terasa sunyi.

namun itulah putaran hidup.

Halezza Ibrahim said...

Buat su dan naz ilyn..terima kasih kerana sudi melawat...

Halezza Ibrahim said...

Buat cikgu Amal dan Dr Sam...tq kerana sudi mendengar...nasihat kalian amat bermakna....

Adeline said...

Wah, emotional u sbg ibu. Goodlah...

Habshah said...

Assalammualaikum,

That's how we felt as mothers. I think I already passed my time. But my husband said, " If we take good care of other kids, they will take care of our kids insyaallah". i believe that.

I now lazy to post new entry. Really feeling guilty about the school.

Thanks.

TERA said...

Salam lezz... tera pernah lalui semua tu, thn ni pun anak tera masuk form 1 kat asrama. selama ni mereka semua d dpn mata but now masing2 urus diri sndri... mcm yg pn habshah kata, tera juga yakin mereka dijaga dgn baik oleh guru2 mereka sepertimana kita mnjaga dgn baik anak2 didik kita.

Halezza Ibrahim said...

Eh, tak sangka anak2 Tera dah besar gak ekk....thanks atas nasihat..moga Allah menjaga anak2 kita.....

~PakKaramu~ said...

Salam ziarah

Fly said...

salam..hai Haleeza seorang ibu yang penyayang, bertuah anak2 mendapat ibu sebegini

Halezza Ibrahim said...

Banyak masa garang yang lebih fly...hehehe....

~PakKaramu~ said...

Salam ziarah