Friday, February 13, 2009

Jadilah insan yang berguna

Tidak ku harapkan mereka masuk ke universiti semuanya,
Ku zahir yang mereka mempunyai kemampuan yang berbeza,
Apa yang kuharapkan mereka menjadi insan yang berguna,
Kepada kedua ibu bapa dan diri mereka...


Bukan peperiksaan menjadi pengukur kejayaanmu,
Tapi budi bahasa dan akur pada agama,
Sejuk hati ibu-ibumu melihat wajahmu,
Sejuk hati guru-gurumu mengajar dirimu...


Biarpun putih, hitam dan sawa matang,
Engkau tetap anak didikku,
Yang kemenjadianmu menjadi kayu ukurku,
Moga ilmu yang kucurahkan membawa makna kepadamu,
Untuk bekalan dunia dan akhirat......

6 comments:

Chekgu BaniHassim said...

guru mane yg nk doakan keburukan untuk anak-anak muridnya...
semoga mereka sedar yg kite menyayangi mereka...

DrSam said...

besar sungguh pegorbanan guru.
Tinggi sungguh pengharapan guru.
Jasa dan budi guru tidak terungkap dgn kata-kata.

Halezza Ibrahim said...

Harap mereka memahami.........

aibiwai said...

....semoga mereka menghargai pengorbanan guru mereka....

Anonymous said...

semoga kerjaya guru dihargai...

Halezza Ibrahim said...

Amin...