Saturday, August 1, 2009

Kerisauan

Nebuliser petang khamis di klinik swasta

Nebuliser di hospital Sg Buloh semalam


Aku sekeluarga telah ke hospital Sungai Buloh semalam dari jam 11.15 pagi hingga jam 6.45 petang untuk membuat screening H1N1. Kami sekeluarga terpaksa membuat tindakan tersebut setelah ketiga-tiga anakku mengalami demam yang kejap timbul dan kejap hilang sejak selasa lagi. Tetapi alhamdulillah, demam yang mereka alami ialah demam biasa sahaja. Cuma Hani, anak kedua ku perlu diberi perhatian penuh kerana keadaan pernafasannya yang terganggu. Berita 5 orang positif H1N1 di SK Serendah turut menyumbang kepada kerisauan ku. Semoga mereka cepat sembuh dan penyakit ini tidak menular lagi.


4 comments:

anaklaut said...

salam...

syukur alhamdulilah...moga2 Hani pun tidak apa2.

Haniffah Yusoff said...

Alhamdulillah anak-anak cikgu okay.. anak saya kena kuarantin di rumah..

hidet said...

semoga semuanya selamat ye

Halezza Ibrahim said...

Buat anaklaut, hidett dan hanifahh..terima kasih atas kunjungan..Moga bencana h1n1 cepat berakhir..