Monday, November 2, 2009

APR 2009 dalam kenangan



Pengalaman menyertai Persidangan Pengakap Asia Pasifik (APR) kali ke 23 membawa banyak kenangan dan pengalaman yang tidak mungkin dapat ku lupakan. Persidangan ber;langsung dari 27 Oktober hingga 1 November 2009 di Hotel Hilton, Kuala Lumpur yang disertai 482 peserta daripada lebih 26 negara. Sebagai pemerhati dalam persidangan ini, aku telah banyak menimba ilmu tentang kepengakapan secara lebih global. Isu-isu, perancangan dan aktiviti yang dijalankan oleh setiap negara di Asia Pasifik yang dikutarakan dalam persidangan ini membuka mataku bahawa terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi di Malaysia mahupun seluruh pelusuk Asia yang sekiranya diatasi dengan berhemah akan menjurus kepada melahirkan warga yang cemerlang.


Mengenali rakan-rakan pengakap dari pelbagai negara seperti Australia, Bangladesh, Brazil, Brunei, Bhutan, Croatia, Kanada, Colombia, Jerman, Spain, Hong Kong, Switzerland, Indonesia, Jepun, India, Korea, Kiribati, Sri Lanka, Mongolia, Maldives, Macau, Nepal, New Zealand, French Polynesia, Papua New Guinea, Filipina, Sweden, Singapura, Thailand, Taiwan, Uganda, USA, Pakistan dan Timor Leste dan saling bertukar pendapat dan pandangan dalam pelbagai isu pengakap telah menambahkan pelbagai pengalaman dan pengetahuan yang amat berguna. (Gambar-gambar lain terdapat di 36pengakaphs.blogspot.com)

4 comments:

aibiwai said...

Tahniah, saya tak ade kesempatan nak menyertainya.

ikhwan said...

Assalamulaikum,
Dearest Halezza, congratulations.Glad you have experienced great encounters in scouting and I really hope the knowledge you have gained will make you a better scouter in the near future. Once again, syabas and don't give up imparting scouting skills to students in your area.

Halezza Ibrahim said...

To Abiwai..tq for always supporting me. Saya percaya pengalaman tuan di Sabah tempoh hari tak kurang juga hebat pengalamannya. Gombak amat bertuah...

Halezza Ibrahim said...

To Ikhwan: Scouting does it's great part in imparting good values in human's life. But sometimes we really need a great will to make it reality. But, i will never give up, insya Allah. Thanks for your support.