Friday, January 1, 2010

01.01.10

Baru sahaja kita menyambut tahun Maal Hijrah 1431 Masihi. Kini tiba pula tahun baru 2010 tiba. Moga tahun ini hidupku dan seluruh ahli keluargaku diberkati Tuhan. Tiada apa yang lebih bermakna dalam hidupku selain petunjuk dan hidayah dariNya. Segala salah silap dan dosa-dosa yang kulakukan sama ada ku sedari atau tanpa sedar, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Buat insan-insan sekeliling, hidup ini tiada makna tanpa sokongan dan kerjasama semua. Walaupun matlamat kita semua tidak sama, tapi kita semua perlukan ketenangan dan kegembiraan. Kecapilah impian anda semua masing-masing dengan restu ibu bapa, guru, suami, isteri, dan anak-anak2. Dan yang paling penting restu Ilahi. Moga aku dan seluruh keluarga tergolong di kalangan orang-orang yang diberi petunjuk dan hidayah tahun ini. Amin.

3 comments:

DrSam said...

semoga tahun 2010 dimulakan dengan langkah dan azam yang betul.

Halezza Ibrahim said...

Insya Allah Dr Sam..

日月神教-任我行 said...
This comment has been removed by a blog administrator.