Thursday, January 28, 2010

33 Tahun

28 Januari, 2010...jam 8.30 pagi tadi, genap umurku 33 tahun. Mungkin ada yang berpandangan masih muda umurku ini. Mungkin juga ada yang berpandangan, sudah tua cikguni. Yang paling aku hargai ialah memiliki sebuah keluarga yang amat aku sayangi dan masih mempunyai emak, abah dan adik-beradik yang sentiasa bersamaku dalam mengharungi kehidupan. Belum cukup aku berbakti kepada kedua ibu bapaku. Belum cukup kuberbakti kepada suamiku. Belum cukup ku berjuang demi anak2ku. Belum cukup ku berbakti kepada anak2 didikku. Apa yang lebih dari segala2nya..janganlah Kau ambil nyawaku Tuhan jika aku masih paling hina disisi Mu. Aku redha untuk meninggal semua yg ada di dunia ini sekiranya di saat itu aku mendapat sinar hidayah daripadaMu. Amin.

Friday, January 1, 2010

01.01.10

Baru sahaja kita menyambut tahun Maal Hijrah 1431 Masihi. Kini tiba pula tahun baru 2010 tiba. Moga tahun ini hidupku dan seluruh ahli keluargaku diberkati Tuhan. Tiada apa yang lebih bermakna dalam hidupku selain petunjuk dan hidayah dariNya. Segala salah silap dan dosa-dosa yang kulakukan sama ada ku sedari atau tanpa sedar, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Buat insan-insan sekeliling, hidup ini tiada makna tanpa sokongan dan kerjasama semua. Walaupun matlamat kita semua tidak sama, tapi kita semua perlukan ketenangan dan kegembiraan. Kecapilah impian anda semua masing-masing dengan restu ibu bapa, guru, suami, isteri, dan anak-anak2. Dan yang paling penting restu Ilahi. Moga aku dan seluruh keluarga tergolong di kalangan orang-orang yang diberi petunjuk dan hidayah tahun ini. Amin.